Ahad, 5 Ogos 2012
Majlis Tadarrus Al-Quran & Sumbangan Raya PASTI Marang 1433H
15 Ramadhan 1433H = 4 Ogos 2012M Jabatan PASTI Kawasan Marang mengadakan Majlis Tadarrus Al-Quran & Sumbangan Raya PASTI Marang 1433H yang diadakan di Madrasah Darul Iman, Titian Baru / Kedai Buloh .
Majlis tahunan itu diberkati dengan Tadarrus Al-Quran yang melibatkan Guru-guru dan Pembantu PASTI-PASTI Kawasan Marang bermula jam 8.30 pagi dan diikuti Usrah Perdana yang disampaikan oleh Ustazah Halimatus Sa'diah salah seorang tenaga pengajar Maahad Darul Quran Rusila yang menceritakan tentang amalan seharian berkaitan Dosa dan Pahala.
Majlis diserikan dengan kehadiran AJK PAS Kawasan diikuti Ucapan Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Khalil Abdul Hadi selaku penasihat Jabatan PASTI Kawasan Marang dan majlis dirasmiakan Haji Yahaya Ali YDP Kawasan Marang dan diakhiri dengan Sumbangan Raya Kepada guru-guru PASTI Marang bersama Guru-Guru Madrasah Darul Iman.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan