Pendaftaran 2013

Photobucket

Rabu, 15 Ogos 2012

.

السلام عليكم ورحمة الله
CUTI PERSEKOLAHAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1433H
Dengan segala hormatnya , perkara di atas adalah dirujuk.
Cuti persekolahan akan bermula pada 16 Ogos 2012 (Khamis). Persekolahan akan kembali dibuka pada 26 Ogos 2012 (Ahad)
Jabatan PASTI Kawasan Marang juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri kepada semua warga PASTI diseluruh Kawasan Marang. Semoga Aidilfitri ini disambut dengan penuh kesyukuran dan mendapat rahmat serta keberkatan daripada Allah s.w.t. JAZAKUMULLAHU KHAIRAN JAZA’.
“25 TAHUN PASTI MEMIMPIN PERUBAHAN”
“ PASTI UNTUK SEMUA “

Rabu, 8 Ogos 2012

Lailatul Qadar

عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال:دخل رمضان فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن هذا الشهر قد حضركم، وفيه ليلة خير من ألف شهر، من حرمها فقد حرم الخير كله، ولا يحرم خيرها إلا محروم.
daripada Anas bin Malik RA berkata: Ramadhan telah tiba, lalu bersabda Rasulullah s.a.w. : sesungguhnya bulan Ramadhan telah tiba, padanya satu malam yg menyamai kebaikannya seribu bulan, barangsiapa yg diharamkannya - lailatul qadar - maka sesungguhnya ia telah diharamkan seluruh kebaikan, tidaklah diharamkan kebaikannya melainkan mereka yg tidak dipertemukan malam tersebut.
Ya Allah, pertemukanlah kami lailatul qadar..teguhkan hati kami untuk terus beribadah pada ramadhan yg maseh berbaki ini..
Ramadhan kareemm..

Ahad, 5 Ogos 2012

Majlis Tadarrus Al-Quran & Sumbangan Raya PASTI Marang 1433H

15 Ramadhan 1433H = 4 Ogos 2012M Jabatan PASTI Kawasan Marang mengadakan Majlis Tadarrus Al-Quran & Sumbangan Raya PASTI Marang 1433H yang diadakan di Madrasah Darul Iman, Titian Baru / Kedai Buloh .
Majlis tahunan itu diberkati dengan Tadarrus Al-Quran yang melibatkan Guru-guru dan Pembantu PASTI-PASTI Kawasan Marang bermula jam 8.30 pagi dan diikuti Usrah Perdana yang disampaikan oleh Ustazah Halimatus Sa'diah salah seorang tenaga pengajar Maahad Darul Quran Rusila yang menceritakan tentang amalan seharian berkaitan Dosa dan Pahala.
Majlis diserikan dengan kehadiran AJK PAS Kawasan diikuti Ucapan Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Khalil Abdul Hadi selaku penasihat Jabatan PASTI Kawasan Marang dan majlis dirasmiakan Haji Yahaya Ali YDP Kawasan Marang dan diakhiri dengan Sumbangan Raya Kepada guru-guru PASTI Marang bersama Guru-Guru Madrasah Darul Iman.