Pendaftaran 2013

Photobucket

Selasa, 24 Julai 2012

Isnin, 23 Julai 2012

Mengapa Berbuka Dengan Tamar?

Di akhir hari berpuasa, tahap kepekatan glukosa dan insulin pada darah vena portal(*) hati akan menurun. Ini akan mengurangkan melalui peranannya, penembusan glukosa serta pengambilannya melalui sel-sel hati dan tisu-tisu peripheral (1) seperti sel-sel otot dan sel-sel saraf.
Boleh jadi, telah terurai semua simpanan glikogen hati atau hampir-hampir kesemuanya. Dan pada ketika itu tisu-tisu, akan bergantung di dalam mendapatkan tenaga daripada oksida-oksida asid lemak. Proses ini mempunyai kemudharatan; iaitu pembentukan jisim-jisim ketone yang berbahaya.
Kerana itu, pembekalan segera tubuh dengan glukosa pada waktu ini mempunyai faedah-faedah yang besar antaranya adalah:
1- Meninggikan kepekatan gula dengan segera di dalam darah vena portal hati sebaik sahaja penyerapannya.
2- Menghentikan pengoksidaan asid lemak, lalu ia akan memotong jalan pembentukan jisim-jisim ketone yang berbahaya.
3- Menghilangkan tanda-tanda keletihan, kelemahan umum dan ketidakstabilan kecil pada sistem saraf.
4- Menghentikan pemusnahan asid amino dan seterusnya memelihara protein tubuh(2).
Tamar dikira makanan terkaya dengan gula glukosa, dan dari itu ia adalah makanan terbaik yang diberikan kepada tubuh pada ketika itu; kerana ia mengandungi nisbah yang tinggi daripada gula yang berkitar di antara 75 – 87%; yang glukosa membentuk 55% daripadanya dan fruktosa 45%, sebagai tambahan ke atas satu nisbah daripada protein, lemak, sebahagian vitamin dan mineral. Fruktosa akan bertukar kepada glukosa dengan kecepatan yang tinggi dan ia akan diserap secara langsung melalui sistem penghadaman bagi menyiram kehausan tubuh terhadap tenaga.
Begitu juga vitamin-vitamin yang dikandungi oleh tamar kesemuanya mempunyai peranan yang aktif di dalam proses-proses pembentukan makanan dan ia mempunyai kesan penenang terhadap saraf-saraf.
Mineral-mineral pula mempunyai peranan utama di dalam pembentukan enzim-enzim penting dalam proses-proses aktif tubuh, sebagaimana ia mempunyai peranan yang penting di dalam penguncupan dan pengembangan otot-otot, serta pengimbangan asid utama di dalam tubuh, maka dengan itu akan hilang apa-apa ketegangan otot atau saraf, dan akan kecergasan, keredaan dan ketenangan meliputi ke seluruh badan(3).
Dan jika seorang manusia memulakan berbukanya dengan mengambil bahan-bahan berprotein atau berlemak, ia tidak akan diserap melainkan setelah satu jangka masa yang panjang dari penghadaman. Dan ia tidak akan menunaikan matlamat menyelamatkan tubuh dalam keperluannya yang segera terhadap tenaga serta ia akan membawa kepada perendahan gula darah(4) .
Kerana sebab-sebab ini, dapat kita ketahui hikmah daripada perintah Nabi dan perbuatan Baginda  berbuka dengan tamar.
Daripada Salman bin Aa'mir , daripada Nabi ; bahawa Baginda bersabda:
إِذَا أَفْطَرَ أَحَدُكُمْ فَلْيُفْطِرْ عَلَى تَمْرٍ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ تَمْرًا فَالْمَاءُ فَإِنَّهُ طَهُورٌ
[maksudnya]: (Apabila seseorang dari kalangan kamu berbuka, maka hendaklah dia berbuka dengan tamar. Jika dia tidak ada, maka hendaklah dia berbuka dengan air kerana ia adalah penyuci)(5) .
Dan daripada Anas , beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ عَلَى رُطَبَاتٍ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَعَلَى تَمَرَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ
[maksudnya]: Dahulunya Rasulullah  berbuka dengan beberapa biji rutab [kurma basah] sebelum Baginda solat. Jika tidak ada rutab, maka dengan beberapa biji tamar [kurma kering]. Jika tidak ada, maka Baginda akan meneguk beberapa tegukan daripada air(6) .
_________________________
(*) Vena yang terbentuk oleh gabungan vena di kawasan gaster, usus, limpa dan pankreas dan menyalurkan darah ke hepar. [Kamus Dewan Edisi 4]
1- M. Y. Sukkar, H. A. El-Munshid & M. S. M. Ardawi (1993), “Concise Human Physiology” Blackwell Scientific Publication, Oxford, pp 175-181.
2- Ibid.
3-Dr. Abdullah Abdurrazzaq As-Said (1985), Ar-Rutob wa An-Nakhlah, Ad-Dar As-Saudiah li An-Nasyr wa At-Tauzie', cetakan pertama, m/s 107 – 145.
4-J. Hywel Thomas And Brian Gillham Will’s, Biochemical Basis of Medicine, 2nd Edition (1989) London.
5-Diriwayatkan oleh Abu Daud; di dalam Puasa, dengan nombor 2355 dan At-Tirmizi; di dalam Sedekah, dengan nombor 658. Beliau [yakni At-Tirmizi] berkata: "Hadith yang hassan sahih" dan lafaz ini oleh beliau.
6-Diriwayatkan oleh Abu Daud; di dalam Puasa, dengan nombor 2356 dan At-Tirmizi; di dalam Sedekah, dengan nombor 694. Dan lafaz ini oleh beliau Abu Daud.

Selasa, 17 Julai 2012

Cuti Semperna Awal Ramadhan

Makluman - PASTI di seluruh Negeri Terengganu akan bercuti pada Ahad, 22 Julai 2012 sempena Awal Ramadan 1433H.
Diharapkan cuti ini dimanfaatkan sebaiknya dan Selamat Menyemarakkan Ramadan ini dengan gandaan amal ibadat serta sedekah jariah!

Selasa, 10 Julai 2012

KURSUS MOTIVASI PASTI MARANG 2012

6-7 Julai, PASTI Marang telah mengajurkan kursus motivasi kepada guru-guru PASTI Kawasan Marang selama dua hari satu malam di Dahima’s Guest House Rantau Abang, Dungun Terengganu. Alhamdulillah seramai 62 orang guru yang dapat menghadirkan diri.